Monday, October 31, 2011




Semua orang perlukan tempat bergantung harap.

Aku pun tak faham. Harapan bukan something kita boleh nampak. Tapi semua orang percaya. Semua orang berharap. Dan bagi setengah orang yang cari peluang untuk lari dari masa silam, harapan tu macam lampu yang mereka percaya mereka boleh nampak di akhir terowong.

Nak tahu tak? kadang-kadang lampu tu tak pernah ada dekat situ pun.

Kadang-kadang bila kita letih memang tak boleh go on rasa nak give up, kadang-kadang kita buat apa yang termampu kita sampai tak nak tahu apa yang akan datang. Kadang-kadang kita buat sekadar yang termampu sebab segan dengan saingan. Kadang-kadang rasa marah.

Kadang-kadang rasa letih buat kita fikir macam-macam, sebab tulah tiba-tiba orang akan wujudkan satu propaganda untuk survive dan muncul lah sang hero bernama harapan.

Bermain dengan harapan bahaya. Boleh mati. Jadi baik mulakan berdiri di atas tanah walaupun kita memandang langit. Pegang pada apa yang buat kita kuat.

Hi, lets start again. Dah lama tak tulis blog. Tiba-tiba macam rasa semangat sebab ada orang suruh tulis balik blog. Well i try. Thanks sebab kasi semangat balik untuk menulis (menaip?) haha. Biasalah, bukan semua orang suka membaca, kan? aku pun sekarang suka melihat gambar. Bertwitting benda-benda merepek. Tapi kadang-kadang bila baca blog orang mula lah rasa nak bagi pendapat jugak. Sebenarnya blog ialah ruang orang nak kasi pendapat mereka panjang lebar. Aku rasalah. Sebab aku suka baca blog orang yang dia tulis pasal benda yang aku tak tahu, benda yang lain dari yang lain, pendapat yang dia sendiri rahsia dari dunia sebenar dna blog yang yang menyampaikan propanganda-propanganda buruk dan realiti yang sakit. Juga ayat-ayat bombastik para sasterawan. Kadang-kadang bosan, tapi kadang-kadang perlu juga. Manusia kena membaca. Kalau tak otak berhenti. Dan jadi bodoh.

Sorry, aku seorang emosi bila bertulis. Apa orang cakap menulis perasaan itu sampah? If thats true, than A samad said ialah sampah. Kerana beliau mengaku beliau menulis sepenuhnya dengan perasaan beliau.

No comments:

Post a Comment