Thursday, March 29, 2012

Kisah orang tamak

Aku tak tahulah kalau korang pernah baca pasal cerita ni. Aku just translate kan je. Aku rasa mcm cerita ni best. Pasal orang yang tamak.



Di sebuah hospital, sektor bilik khas untuk orang-orang sakit tua, tinggal sebilik dua orang tua yang sudah lama menginap di situ. Seorang nama Sam, seorang nama Tom. Mereka mengidap sakit tua yang macam kritikal jugak lah. Tak boleh bangun dari katil. Hari-hari mesti ada nurse-nurse yang datang tukar pakaian diorg, bagi diorg makan, suapkan ubat dah sebagainya. Nak kata ahli keluarga mereka datang? jangan harap. Haha. Jadi, katil Sam berada di bahagian bilik yang tiada tingkap, Tom pula katil dia berada di sebelah tingkap. Mereka berada di tingkat 5 hospital awam berkenaan.

Sam sebenarnya jeles sebab Tom boleh melihat pemandangan setiap hari, tak ade la bosan seperti dia, tapi Sam buat macam beliau tak dengki, setiap hari Tom yang baik hati selalu menceritakan pada Sam apa yang dia nampak daripada pemandangan dari tingkap bilik tersebut. Dia selalu cerita dia selalu nampak nurse-nurse perempuan balik dari kerja, budak-budak main layang-layang di tepi tasik, orang naik basikal, pada waktu pagi ada orang berjogging, macamana cuaca kadang-kadang mendung dan kadang-kadang cerah, dan bagaimana bulan bersinar setiap malam. Sam suka mendengar semua itu. Kerana dia tak berpeluang lagi sudah untuk melihat pemandangan luar. Tom sangat baik. Dia suka menceritakan pada Tom sebab kesian dengan Tom, bosan duduk tak nampak apa-apa.

Satu hari, Tom sakit teruk. Dia batuk dan sukar untuk bernafas. Sam memanggil doktor masuk. Keadaan Tom menjadi stabil selepas itu tetapi dia menggunakan alat pernafasan untuk bernafas. Sam kesihankan Tom. Dia tidak mahu menjadi macam itu. Sudah berterusan seminggu Sam tidak selalu bangun. Dia tidak sihat dan bergantung sepenuhnya pada alat pernafasan tersebut. Mereka sudah mula jarang bercakap. Tom tiba-tiba menjadi sangat sepi dan bosan.
Satu malam, malam sangat sunyi. Nurse yang menjaga mereka lambat masuk. Tom menunggu, sudah sejam masih tiada kelibat orang lalu masuk kedalam bilik mereka.

Tom mendapat idea buruk tiba-tiba. Dia melihat Sam. Terbaring, tidak bermaya, sedang tidur menggunakan alat pernafasan. Dia berfikir, kalau dia berada di tempat Sam, dia memikir bertapa seronoknya kalau dia dapat melihat pemandangan dari tingkap sebelah Sam setiap hari. Jadi naluri membuak-buak untuk berada di tempat Sam menjadi kuat. Tom menarik alat pernafasan Sam dan membuatkan dia tercekik dalam diam dan mati pada malam tersebut dengan keadaan dia berusaha untuk bernafas.

Esoknya, bila katil Sam sudah di kemas dan jenazah beliau di keluarkan dari bilik, Tom bertanya pada nurse yang bertugas. "boleh tak kalau saya nak duduk di tepi tingkap?," "boleh," jawab nurse. Jadi Tom sangat gembira dapat berpindah di tempat Sam. Dia tak sabar untuk berpindah di katil Sam. Apabila dia telah di pindahkan di katil Sam, dia melihat keluar tingkap. Dan dia nampak konkrit. Tiada apa-apa selain konkrit batu dinding banggunan sebelah. Tiada pemandangan, tiada apa. Semua terhalang dengan konkrit batu putih.

Tamat.



Pengajaran: jangan jadi tamak, ye kawan-kawan

Saturday, February 25, 2012

roket bebas

kebebasan ialah satu nikmat. Betul? kalau kita simpan perasaan macam kita penjarakan diri sendiri. Let your feelings free. Then define me your definition of freedom.

Friday, February 3, 2012

tak ada idea langsung

Tuesday, January 31, 2012



lebih kurang macam ni,

"Kalau ada orang yang baik dengan kau tapi dia tak baik dengan pelayan kedai, dia bukan orang yang baik"

Jadi ada satu cerita, ceritanya dia makan di sebuah restaurant yang agak mahal. Mereka makan berdua sahaja. Si Amat ni tiba-tiba menyembang "Kalau aku nak kasi tips, aku kasi tips dekat pelayan yang baik je, yang kurang ajar aku kadang-kadang tak kasi, takpun aku kasi sikit je." jadi mendengar kawan dia bercakap macam tu, si Abu pun bercakap "kalau aku, aku kasi je tips dekat pelayan-pelayan ni sama. Sebab apa? kau tahu tak, kurang ajar atau tak, diorg bekerja tempoh masa yang sama, dan kau tahu tak mereka di bayar sangat kurang, tapi bekerja penat mereka sepatutnya dapat lebih banyak dari itu? realitinya tu semua permainan syarikat nak tindas dan mengambil kesempatan terhadap orang bawah mereka"

Kenapa ada orang macam ni(macam Amad dalam cerita ni) ? Boleh jadi sebab orang tu mendiskriminasi orang lain, dan mungkin juga orang tu seorang yang hipokrit (kononnye baik). Bukan nak cakap diri kita lagi baik atau lebih bagus, tapi kalau ikut common sense yang semua orang ada, patut ke kalau kita layan orang lain yang lagi bawah dengan kita dengan layanan yang teruk? perlu ke ada ke prejudis terhadap golongan-golongan dalam masyarakat kita? Mana humanity dalam kalangan masyarakat? padahal kita semua sama kot, manusia. Aku rasa semua ornag boleh tahu ape tu humanity(kemanusiaan) . Tapi mungkin mereka ambil benda itu, remeh temeh. Jadi,apa itu nilai-nilai kemanusiaan?

Menurut saya, nilai-nilai kemanusiaan adalah suatu hal yang dapat memanusiakan manusia atau bisa dikatakan juga kembali kepada fitrah manusia, itulah nilai-nilai kemanusiaan.

-Yasser Arafat

Jadi kalau orang yang takde nilai kemanusiaan, jadi dia ialah apa? binatang? tumbuhan? malaikat? syaitan? batu?

Memang lumrah semua manusia ada perasaan pentingkan diri sendiri kadang-kadang. Tapi kalau selalu sangat apa nak jadi? Where is your heart? Nak tahu tak apa yang aku fikir? aku rasa sebab ada pemikiran tentang pangkat dan jurang dan tekanan hidup masyarakat kita, semua orang akan berfikiran sempit. Diorang fikir diorang kena ada pada tangga teratas sebab nak tunjukan pada orang bawah siapa mereka. Mereka mahu kan hormat, mereka nak kan perhatian dan semua tu, takde langsung ciri-ciri kemanusiaan. Itu semua ciri orang tamak nafsu pentingkan diri sendiri. Tak pun ego. Tak pun perangai nak bangga diri sendiri. Snobbish bastards. Sebenarnya kita tak boleh nak salahkan sesiapa, sebab ada banyak sangat alasan kenapa manusia boleh jadi macam ni. Tapi tak salahpun kalau lama-kelamaan dan mungkin last-last depa akan sedar jugak dan tahu sendiri apa itu nilai-nilai kemanusiaan.

Masa akan lama-lama datang jugak kesedaran. Tinggal sedar atau tak sedar je. Nak peduli atau tak ambil peduli, dan ada atau tidak ada perasaan kemanusiaan dalam diri. Mesti ada punyalah. Semua orang yang berjaya hidup atas bumi ni berjaya hidup disebabkan humanity ibunya. Kalau seorang tu tak ada perasaan dan nilai kemanusiaan, dia tidak akan dilahirkan. Betul?

Sunday, January 29, 2012

"Scene will be moved along by the brains of those who are interested in it. We don't have to push it to people who don't have any passion in it. Use your common sense." - Khairul Azizi


Aku setuju dengan Khairul Azizi. Nak ada semangat, minat, passion bukan senang. Sebab mungkin setengah orang hanya berminat, setengah orang hanya mendengar, setengah orang menjadi pemerhati, ada juga orang yang hanya ingin belajar. Ada juga yang hanya untuk berseronok. Tak salah nak semua itu. Cuma yang penting macamana kita buat, yang penting bila kita letak hati dan otak kita di tempat yang betul. Sebab dalam scene sekarang, semua orang suka mengherdik, memerli, mengejek, membuat penilaian yang cetek, mendengar hanya satu pihak, berat sebelah, terlalu mengikut perasaan. Cuba ingat balik, kenapa kita semua ada di sini? semua sebab benda yang sama. Minat. Kita semua ada hati yang sama. Nak tunding jari dekat orang lain pun tak boleh. Mungkin kadang-kadang kita bengang dengan orang yang datang dan pergi. Tunjuk minat, berfesyen kemudian cepat betul berpaling arah. Lalang. Bengang kan? semua orang bengang, sehingga aku sedar bila kawan aku cerita pasal 'remaja dan zaman mencari diri sendiri' kita tak boleh salahkan sesiapa sebab semua orang berhak mencuba, memilih dan membuat pertimbangan sendiri. Tuhan bagi otak sorang satu, kan? apa gunanya. Nak cakap pasal attitude orang, itu lantak dia lah, itu masalah dia dan mental dia. Tapi kalau kita nak marah dia sebab dia mencuba? ibarat kita baling bola tenis dekat dinding. Bola tenis tu nanti akan balik arah kita. Dulu kita semua pun macam tu. Jadi apa salahnya kita sama-sama ada minat yang sama kan? kalau kita bagi alasan nak beri pengajaran dengan cara mengherdik, hey, tak semua hati orang ialah macam apa yang kau sangka kan. Kalau kita nak jadi kan sesuatu tu bergerak, kita yang kena bertindak. Kalau kita rasa apa yang kita rasa betul, apa salahnya bangun dan berdiri diatas kaki sendiri dan menegakan benda itu. Nak takut buat apa? bukan benda jahat pun. Bukan kena keluar duit pun. Bukan buat kau sakit pun.

Yang penting kita cuba
dan yang penting,

hormat.

Kita semua sama. Ada dalam kalangan yang sama.

Friday, January 27, 2012

Napoleon Dynamite


cerita ni time aku darjah enam kot keluar, 2004. Tapi baru tengok sekarang. Cerita ni pasal budak nerd yang try nak fit in dengan budak baru yang baru datang dekat sekolah dia. Ok movie ni agak lembab, macam tak ada motif je haha tapi fun to watch sebab kelakar. Watak utama dalam cerita ni, nama dia Napoleon. Dia seorang nerd yang kadang-kadang grumpy(tah aku tak faham kadang-kadang dia marah dekat binatang peliharaan nenek dia). Lepastu budak baru tu nama dia Pedro dan ada watak sampingan macam abang dia, atuk dia, nenek dia, dan Deb, budak perempuan yang lama2 jadi kawna baik Napoleon dan Pedro. Macam cerita tipikal yang jalan cerita dia tak tipikal haha. I'll give a thumbs up bila dah tengok sampai habis. "Hes out to prove that he got nothing to prove" maksudnya, dia nak tunjukkan yang dia tak perlu nak berlagak apa-apa pun sebenarnya(faham tak?) . Pengajaran cerita ni, jadi diri sendiri lagi bagus dari cuba untuk berlagak cool tapi sebenarnya tak pun. Last-last Napoleon puas hati sebab dia jadi diri sendiri dia. Aku rasa mcm jalan cerita ni sincere dan tak macam tipikal cerita ada hero apa semua tu. Napoleon ialah hero diri sendiri dia ;)

Sunday, November 20, 2011

Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada

Remember the phase? sometimes, we get trauma having a blow in the head with problems and weight of the world around, we just feel like we want to die. Or just run. Or just lost and high for a moment, to get back on our feet, or better yet when things don't change, we just have to.

Have to wait for better tomorrow.

And waiting, waiting and wait.

Sampai bila entah nak tunggu. Kadang-kadang rasa bosan, kadang-kadang rasa geram dan sedih pun ada jugak. Siapa suka menunggu? siapa suka tunggu untuk satu benda yang tak pasti? sebab itu lah kita selalu bergerak biar masa berlalu kehadapan. Sebab itulah kita buat benda-benda bodoh, buat benda-benda yang boleh buat kita rasa lebih lega. Walaupun sekejap. Selepas hari-hari, kita tunggu untuk esok pulak. Bila hari ini rasa macam nak mati, kita berharap untuk esok. Bila kita rasa harini teruk dan kita letih nak lalui, kita berharap untuk esok. Bila kita gagal untuk hari ini, kita boleh tengok, kita masih ada esok. Masih ada harapan untuk esok