Tuesday, January 31, 2012



lebih kurang macam ni,

"Kalau ada orang yang baik dengan kau tapi dia tak baik dengan pelayan kedai, dia bukan orang yang baik"

Jadi ada satu cerita, ceritanya dia makan di sebuah restaurant yang agak mahal. Mereka makan berdua sahaja. Si Amat ni tiba-tiba menyembang "Kalau aku nak kasi tips, aku kasi tips dekat pelayan yang baik je, yang kurang ajar aku kadang-kadang tak kasi, takpun aku kasi sikit je." jadi mendengar kawan dia bercakap macam tu, si Abu pun bercakap "kalau aku, aku kasi je tips dekat pelayan-pelayan ni sama. Sebab apa? kau tahu tak, kurang ajar atau tak, diorg bekerja tempoh masa yang sama, dan kau tahu tak mereka di bayar sangat kurang, tapi bekerja penat mereka sepatutnya dapat lebih banyak dari itu? realitinya tu semua permainan syarikat nak tindas dan mengambil kesempatan terhadap orang bawah mereka"

Kenapa ada orang macam ni(macam Amad dalam cerita ni) ? Boleh jadi sebab orang tu mendiskriminasi orang lain, dan mungkin juga orang tu seorang yang hipokrit (kononnye baik). Bukan nak cakap diri kita lagi baik atau lebih bagus, tapi kalau ikut common sense yang semua orang ada, patut ke kalau kita layan orang lain yang lagi bawah dengan kita dengan layanan yang teruk? perlu ke ada ke prejudis terhadap golongan-golongan dalam masyarakat kita? Mana humanity dalam kalangan masyarakat? padahal kita semua sama kot, manusia. Aku rasa semua ornag boleh tahu ape tu humanity(kemanusiaan) . Tapi mungkin mereka ambil benda itu, remeh temeh. Jadi,apa itu nilai-nilai kemanusiaan?

Menurut saya, nilai-nilai kemanusiaan adalah suatu hal yang dapat memanusiakan manusia atau bisa dikatakan juga kembali kepada fitrah manusia, itulah nilai-nilai kemanusiaan.

-Yasser Arafat

Jadi kalau orang yang takde nilai kemanusiaan, jadi dia ialah apa? binatang? tumbuhan? malaikat? syaitan? batu?

Memang lumrah semua manusia ada perasaan pentingkan diri sendiri kadang-kadang. Tapi kalau selalu sangat apa nak jadi? Where is your heart? Nak tahu tak apa yang aku fikir? aku rasa sebab ada pemikiran tentang pangkat dan jurang dan tekanan hidup masyarakat kita, semua orang akan berfikiran sempit. Diorang fikir diorang kena ada pada tangga teratas sebab nak tunjukan pada orang bawah siapa mereka. Mereka mahu kan hormat, mereka nak kan perhatian dan semua tu, takde langsung ciri-ciri kemanusiaan. Itu semua ciri orang tamak nafsu pentingkan diri sendiri. Tak pun ego. Tak pun perangai nak bangga diri sendiri. Snobbish bastards. Sebenarnya kita tak boleh nak salahkan sesiapa, sebab ada banyak sangat alasan kenapa manusia boleh jadi macam ni. Tapi tak salahpun kalau lama-kelamaan dan mungkin last-last depa akan sedar jugak dan tahu sendiri apa itu nilai-nilai kemanusiaan.

Masa akan lama-lama datang jugak kesedaran. Tinggal sedar atau tak sedar je. Nak peduli atau tak ambil peduli, dan ada atau tidak ada perasaan kemanusiaan dalam diri. Mesti ada punyalah. Semua orang yang berjaya hidup atas bumi ni berjaya hidup disebabkan humanity ibunya. Kalau seorang tu tak ada perasaan dan nilai kemanusiaan, dia tidak akan dilahirkan. Betul?

No comments:

Post a Comment