Thursday, March 29, 2012

Kisah orang tamak

Aku tak tahulah kalau korang pernah baca pasal cerita ni. Aku just translate kan je. Aku rasa mcm cerita ni best. Pasal orang yang tamak.



Di sebuah hospital, sektor bilik khas untuk orang-orang sakit tua, tinggal sebilik dua orang tua yang sudah lama menginap di situ. Seorang nama Sam, seorang nama Tom. Mereka mengidap sakit tua yang macam kritikal jugak lah. Tak boleh bangun dari katil. Hari-hari mesti ada nurse-nurse yang datang tukar pakaian diorg, bagi diorg makan, suapkan ubat dah sebagainya. Nak kata ahli keluarga mereka datang? jangan harap. Haha. Jadi, katil Sam berada di bahagian bilik yang tiada tingkap, Tom pula katil dia berada di sebelah tingkap. Mereka berada di tingkat 5 hospital awam berkenaan.

Sam sebenarnya jeles sebab Tom boleh melihat pemandangan setiap hari, tak ade la bosan seperti dia, tapi Sam buat macam beliau tak dengki, setiap hari Tom yang baik hati selalu menceritakan pada Sam apa yang dia nampak daripada pemandangan dari tingkap bilik tersebut. Dia selalu cerita dia selalu nampak nurse-nurse perempuan balik dari kerja, budak-budak main layang-layang di tepi tasik, orang naik basikal, pada waktu pagi ada orang berjogging, macamana cuaca kadang-kadang mendung dan kadang-kadang cerah, dan bagaimana bulan bersinar setiap malam. Sam suka mendengar semua itu. Kerana dia tak berpeluang lagi sudah untuk melihat pemandangan luar. Tom sangat baik. Dia suka menceritakan pada Tom sebab kesian dengan Tom, bosan duduk tak nampak apa-apa.

Satu hari, Tom sakit teruk. Dia batuk dan sukar untuk bernafas. Sam memanggil doktor masuk. Keadaan Tom menjadi stabil selepas itu tetapi dia menggunakan alat pernafasan untuk bernafas. Sam kesihankan Tom. Dia tidak mahu menjadi macam itu. Sudah berterusan seminggu Sam tidak selalu bangun. Dia tidak sihat dan bergantung sepenuhnya pada alat pernafasan tersebut. Mereka sudah mula jarang bercakap. Tom tiba-tiba menjadi sangat sepi dan bosan.
Satu malam, malam sangat sunyi. Nurse yang menjaga mereka lambat masuk. Tom menunggu, sudah sejam masih tiada kelibat orang lalu masuk kedalam bilik mereka.

Tom mendapat idea buruk tiba-tiba. Dia melihat Sam. Terbaring, tidak bermaya, sedang tidur menggunakan alat pernafasan. Dia berfikir, kalau dia berada di tempat Sam, dia memikir bertapa seronoknya kalau dia dapat melihat pemandangan dari tingkap sebelah Sam setiap hari. Jadi naluri membuak-buak untuk berada di tempat Sam menjadi kuat. Tom menarik alat pernafasan Sam dan membuatkan dia tercekik dalam diam dan mati pada malam tersebut dengan keadaan dia berusaha untuk bernafas.

Esoknya, bila katil Sam sudah di kemas dan jenazah beliau di keluarkan dari bilik, Tom bertanya pada nurse yang bertugas. "boleh tak kalau saya nak duduk di tepi tingkap?," "boleh," jawab nurse. Jadi Tom sangat gembira dapat berpindah di tempat Sam. Dia tak sabar untuk berpindah di katil Sam. Apabila dia telah di pindahkan di katil Sam, dia melihat keluar tingkap. Dan dia nampak konkrit. Tiada apa-apa selain konkrit batu dinding banggunan sebelah. Tiada pemandangan, tiada apa. Semua terhalang dengan konkrit batu putih.

Tamat.



Pengajaran: jangan jadi tamak, ye kawan-kawan

No comments:

Post a Comment