Have to wait for better tomorrow.
And waiting, waiting and wait.
Sampai bila entah nak tunggu. Kadang-kadang rasa bosan, kadang-kadang rasa geram dan sedih pun ada jugak. Siapa suka menunggu? siapa suka tunggu untuk satu benda yang tak pasti? sebab itu lah kita selalu bergerak biar masa berlalu kehadapan. Sebab itulah kita buat benda-benda bodoh, buat benda-benda yang boleh buat kita rasa lebih lega. Walaupun sekejap. Selepas hari-hari, kita tunggu untuk esok pulak. Bila hari ini rasa macam nak mati, kita berharap untuk esok. Bila kita rasa harini teruk dan kita letih nak lalui, kita berharap untuk esok. Bila kita gagal untuk hari ini, kita boleh tengok, kita masih ada esok. Masih ada harapan untuk esok
:)
ReplyDelete:) thanks for reading!
ReplyDelete